
Oleh : Nor Azura Ismail Aktiviti Perkembangan Kognitif Dengan perkataan mudah, maksud Perkembangan Kognitif dikaitkan dengan sejauhmana kanak-kanak berfikir secara logik menggunakan minda dan intelektual untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Kali ini, saya bukan ingin menghuraikan dengan terperinci definisi Perkembangan Kognitif. Anda boleh dapatkan melalui 'google' definisi Perkembangan Kognitif ini. Kali ini saya akan kongsikan 2 aktiviti yang boleh dijalankana untuk menggalakkan Perkembangan Kognitif Kanak- Kanak di bawah 6 tahun. Dalam kontek kurikulum PERMATA NEGARA yang digunapakai di TASKA, Perkembangan Kognitif boleh dipecahkan kepada 2 bidang perkembangan pembelajaran, iaitu; 1. Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik 2. Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran. JOM LIHAT AKTIVITI PERKEMBANGAN KOGNITIF; Tajuk Aktiviti : Cantum bentuk segiempat Objektif Aktiviti : Kanak-Kanak boleh mengenali bentuk ...