CONTOH RPA KOGNITIF
RANCANGAN
PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA)


Nama Pendidik
|
|
||
Minggu
|
Tarikh:
|
Hari:
|
Masa:
|
Umur
|
3 – 4 tahun
|
Bil. Kanak-Kanak : 5
|
|
Bidang Perkembangan
|
PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN.
|
||
Pengetahuan sedia ada
|
Kanak-Kanak sudah boleh mengenal haiwan peliharaan (kucing)
|
||
Objektif
|
1. Kanak-kanak
boleh mengenal haiwan peliharaan (kucing dan arnab) (P.DPDP)
2. Kanak-kanak
boleh melompat seperti kucing dan arnab. ( P. Fizikal)
3. Kanak-kanak
boleh membuat corak pelbagai mengikut kreativiti sendiri. (P. Kreativiti dan
Estetika)
|
||
Tema
|
Haiwan Peliharaan
|
||
Tajuk
|
Kucing dan Arnab saya
|
||
Tempat/Ruang
|
Ruang Aktiviti TASKA
|
||
Bahan
|
Topeng muka arnab , Topeng muka kucing, model arnab dan model kucing (diperbuat daripada kertas
kotak), Gambar arnab dan kucing tanpa warna
dalam kertas bersaiz A4. Warna Air, Video kucing dan Arnab
![]() ![]() ![]() ![]() |
||
Langkah Pelaksanaan
|
1. Pendidik
membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.
2. Pendidik meminta kanak-kanak duduk dalam bulatan.
3. Pendidik
bermesra bersama kanak-kanak dengan bertanyakan khabar kepada kanak-kanak.
4. Pendidik
memulakan aktiviti dengan memasang video berkaitan kucing terlebih dahulu dan
bertanya samada kanak-kanak mengenali kucing atau tidak.
5. Pendidik
bertanya kepada kanak-kanak;
“Siapa tahu, haiwan apakah
ini?”
“Siapa yang pernah lihat dan
pegang kucing?”
6. Pendidik
kemudiannya memasang pula video mengenai arnab dan mula bercerita mengenai arnab sebagai haiwan peliharaan
manusia.
7. Pendidik
mengulang cerita agar kanak-kanak faham dan tahu.
8. Pendidik
memberikan topeng kucing dan juga topeng arnab kepada kanak-kanak dan meminta
kanak-kanak memebuat aksi melompat seperti
yang telah ditunjukkan dalam video tadi.
9. Pendidik
juga meminta kanak-kanak pula bercerita mengenai kucing dan arnab.
10. Pendidik
memberi galakan kepada kanak-kanak terus berbual mengenai arnab dan kucing.
11. Pendidik
memastikan yang kanak-kanak tahu bahawa kucing dan arnab adalah antara haiwan
peliharaan manusia.
12. Pendidik
memberi pujian kepada kanak-kanak yang telah mengenal kucing dan arnab
sebagai haiwan peliharaan di rumah.
13. Pendidik
terus beri galakan dan bimbingan jika sekiranya ada kanak-kanak yang belum
dapat tahu.
14. Pendidik
seterusnya memberi setiap seorang kanak-kanak gambar arnab dan kucing di atas
kertas bersaiz A4 dan meminta kanak-kanak untuk membuat corak menggunakan cop
hujung jari mengikut kreativiti kanak-kanak.
15. Pendidik
sekali lagi menguji kefahaman kanak-kanak mengenai haiwan peliharaan kucing
dan arnab.
16. Selesai
aktiviti, pendidik memninta kanak-kanak mencuci tangan dan mengucapkan terima
kasih kepada kanak-kanak.
|
||
PEmerhatian
|
1.
Pastikan kanak-kanak sihat untuk menjalankan
aktiviti.
2.
Pastikan persekitaran tempat aktiviti adalah
selamat.
3.
Pastikan bahan yang digunakan selamat.
|
||
Refleksi
|
|
RANCANGAN
PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

Nama Pendidik
|
|
||
Minggu
|
Tarikh:
|
Hari:
|
Masa:
|
Umur
|
2 Tahun
|
Bil. Kanak-Kanak : 3
|
|
Bidang Perkembangan
|
PERKEMBANGAN AWAL MATEMATIK
DAN PEMIKIRAN LOGIK
|
||
Pengetahuan sedia ada
|
Kanak-Kanak sudah boleh mengenal bentuk bola yang bulat
|
||
Objektif
|
1. Kanak-kanak
boleh kenal objek bulat lain di persekitaran tempat aktivitinya. (PAMPL)
2. Kanak-kanak
boleh berbual mengenai objek bulat di persekitaran tempat aktivitnya. (PBKLA)
3. Kanak-kanak
boleh menconteng bebas di atas kertas kotak yang telah dipotong bulat besar.
(PF)
|
||
Tema
|
-
|
||
Tajuk
|
Apa yang bulat?
|
||
Tempat/Ruang
|
Ruang Aktiviti TASKA
|
||
Bahan
|
Bola kecil ( 5), Objek bulat
besar yang dipotong dari kotak (3
keping)
![]() ![]() |
||
Langkah Pelaksanaan
|
1. Pendidik
membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti
2. Pendidik
bermesra terlebih dahulu dengan kanak-kanak sambil mengajak kanak-kanak
menyanyi kan lagu ‘Saya ada bola’.
Saya ada
bola
Bola
warna warni
Saya main
bola
Bola
bentuk bulat.
3. Pendidik
kemudiannya memberikan bola yang kecil kepada kanak-kanak setiap seorang dan
bertanya pada kanak-kanak;
Siapa tahu, ini apa?
Siapa tahu, apa bentuk bola?
4. Pendidik
memberitahu dan memastikan yang kanak-kanak telah tahu bahawa bola bentuknya
bulat.
5. Pendidik
kemudiaanya meminta kanak-kanak mencari apa yang bulat sama seperti bola.di persekitaran tempat
aktiviti tersebut.
6. Pendidik
meminta kanak-kanak menujukkan apa yang bulat atau mengambil objek yang bulat
tersebut.
7. Pendidik
menggalakkan kanak-kanak berbual mengenai objek bulat yang ditunjukkan atau
yang diambilnya.
8. Pendidik
memberi galakan supaya kanak-kanak kenal dan tahu pelbagai lagi objek bulat
selain daripada bola.
9. Pendidik
beri pujian kepad kanak-kanak yang telah kenal bentuk buat.
10. Pendidik
terus beri bimbingan jika ada kanak-kanak masih belum faham.
11. Pendidik
sekali lagi beri pujian kepada kanak-kanak yang dapat kenal pelbagai lagi
objek bulat di persekitaran tempat aktiviti mereka.
12. Akhir
sekali, pendidik meminta kanak-kanak menyanyikan lirik lagu tadai sambil
menukar lirik objek kepada objek bulat yang dipegang oleh kanak-kanak.
13. Pendidik
meminta kanak-kanak mengemas bersama dan mengucapkan terima kasih kepada
kanak-kanak.
|
||
Pemerhatian
|
1. Pastikan
kanak-kanak sihat untuk menjalankan aktiviti.
2. Pastikan
persekitaran tempat aktiviti adalah selamat.
3. Pastikan
bahan yang digunakan selamat.
|
||
Refleksi
|
|
Comments
Post a Comment