PERKEMBANGAN BAHASA

HAKIKAT PERKEMBANGAN
Perkembangan dan pertumbuhan merupakan satu proses dalam kehidupan manusia
yang berlangsung secara berterusan dari dalam kandungan ibu hingga akhir hayat. Tahap
perkembangan   merupakan   satu   fasa   mengenai   perjalanan   kehidupan   individu   yang
mengandungi  ciri-ciri khusus atau pola-pola tingkah laku tertentu. Perkembangan memiliki prinsip-prinsip yang berikut:

-          Perkembangan merupakan proses yang tidah henti-henti
-          Semua aspek perkembangan saling mempengaruhi
-          Perkembangan mengikut arah dan pola tertentu
-          Perkembangan terjadi pada tempat yang berlainan
-          Setiap fasa perkembanagan mempunyai ciri khas
-          Setiap individu yang normal akan melalui tahap perkembanagn

Perkembangan kanak-kanak bersifat menyeluruh

Perkembangan  menyeluruh  bermaksud perkembangan  kanak-kanak dari segi   jasmani,
emosi, rohani dan intelek atau kognitif. Dalam pengajaran dan pembelajaran, semua aspek ini
adalah saling berkait. Contohnya, kanak-kanak menyanyi lagu bertemakan binatang akan
melibatkan   fungsi   jasmani   seperti   pergerakan,   emosi   seperti   menyanyi   dengan   penuh
semangat, rohani seperti menghayati, dan intelektual seperti berfikir di samping melibatkan
aspek seperti sosial dan kreatif terutama dalam berkumpulan. Oleh itu, guru perlu fokus pada
perkembangan   kanak-kanak   hendaklah   secara   menyeluruh   bukannya   terpisah   dan
pelaksanaan kurikulum prasekolah dapat membantu bagi mencapai aspek ini

Aspek perkembangan menyeluruh
Menurut  Piaget,  proses   perkembangan  kognitif   kanak-kanak menjadi  lebih
sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu :

a) Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan
a. Perkembangan   kebolehan   mental   kanak-kanak   untuk   melakukan
tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira.
4
b

b) Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkahlaku yang  dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.
c. Hal-hal   umum   yang   betul-betul   difahami   oleh   individu   bagi
c)Hal-hal umum yang betul2 difahami oleh individu untuk mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku.
Contoh   aktiviti   yang   melibatkan   perkembangan   kognitif   ialah   bermain
bongkah. Ia dapat mengembangkan kognitif kanak-kanak dan meningkatkan
kefahaman   kanak-kanak   mengenai   bentuk,   saiz   dan   ciri-ciri,   kanak-kanak
boleh menjalani aktiviti dengan cara bermain seperti mengumpulkan bongkah
mengikut   ciri-ciri   yang   ditetapkan   iaitu   mengumpulkan   semua   bongkah
berwarna merah, mengumpulkan semua bongkah berbentuk bulat, segi tiga,
segi empat dan sebagainya


Aspek Perkembangan Bahasa
ii. Aspek Perkembangan Bahasa
Kanak-kanak belajar bahasa melalui pelbagai cara. Antaranya dengan meniru
bunyi yang pernah didengarinya. Mereka belajar dengan meniru orang dewasa
dan rakannya bercakap dan meluahkannya dengan cara tertentu. Contohnya,
permainan lagu berantai membolehkan kanak-kanak menghafal, menghasilkan,
mempelbagaikan   dan   memanipulasikan   perkataan   dalam   pelbagai   situasi.
Mereka membina perkataan yang lucu, mudah, dan mereka cerita khayalan
daripada pengalaman mereka sendiri. Dengan cara ini, kanak-kanak guru dapat
meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak.
iii. Aspek perkembangan Sosial

Aspek Perkembangan Sosial
Perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan dipelajari
sejak kecil. Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah
kemahiran menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan
bertanya,   memberi   idea   dan   memuji   atau   memberi   penghargaan.   Ini
termasuklah cara kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan orang
dewasa dalam kehidupan mereka. Kemahiran sosial termasuklah berkongsi,
bekerjasama dan mematuhi peraturan

Semasa bergaul bersama rakan-rakan, kanak-kanak sebenarnya sedang belajar
cara-cara   berinteraksi   dan   bersosial   bersama   orang   lain   di   luar   daripada
lingkungan ahli keluarga. Apabila pendedahan sosial yang awal diberi kepada
kanak-kanak mereka mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran di samping
dapat   menanam   sifat   berani   dan   berani   ke   hadapan.   Secara   langsung   ia
membantu perkembangan sosial mereka kerana penyesuaian semasa bergaul
adalah asas kepada proses sosialisasi kanak-kanak

Aspek Perkembangan Emosi
Perkembangan   emosi   bagi   seseorang   kanak-kanak   adalah   sangat   penting.
Sekiranya seseorang kanak-kanak gagal berkembang secara positif, mereka
mungkin tidak akan berjaya menghadapi tekanan-tekanan yang bakal dihadapi
dalam hidup. Oleh sebab itulah di peringkat prasekolah pemupukan emosi
positif amat dititik beratkan terutamanya dalam aktiviti bermain. Ini adalah
kerana bermain dapat membantu memberikan kepuasan dan ketenangan emosi
kepada   kanak-kanak   terutamanya   apabila   mereka   diberikan   kebebasan
berkreatif dan berimaginasi tanpa gangguan

Aspek Perkembangan Fizikal
Perkembangan fizikal merupakan suatu aspek penting dalam pendidikan awal
kanak-kanak. Komponen perkembangan fizikal memberi fokus kepada empat
aspek   penting   iaitu   perkembangan   psikomotor   halus,   perkembangan
psikomotor   kasar,   kesihatan   dan   keselamatan.   Kanak-kanak   harus   diberi
peluang   menyertai   pelbagai   aktiviti   pergerakan   yang   aktif,   pantas,   dan
mencabar.   Penguasaan   psikomotor   halus   yang   baik   amat   penting   dalam
membantu pergerakan asas dan kemahiran menulis kepada kanak-kanak.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran
i)                    Menyediakan pengalaman pembelajaran ang pelbagai
Kanak-Kanak tidak semestinya belajar dalam bilik darjah sahaja. Berikan mereka peluang
untuk   merasa   sendiri   pengalaman   di   luar   bilik   darjah   untuk   memperkaya
ingatan dan fikiran mereka kepada flora dan fauna. Contohnya, guru membuat
lawatan   ke   Zoo   Negara,   taman   yang   berada   di   sekolah,   dan   sebagainya.
Menerusi pengalaman ini, mereka akan dapat membuka minda mereka dan
dapat menikmati sendiri pengalaman tersebut.

ii)                  Menggunakan bahan konkrit sebagai bahan bantu mengajar dalam
ii. Menggunakan   bahan   konkrit   sebagai   bahan   bantu   mengajar   dalam
mempelajari  kemahiran   yang  baru.  Bahan-bahan ini mestilah menarik dan
bersesuaian   dengan   pelajaran   yang   ingin   diajarkan   kepada   kanak-kanak.
Sebagai contoh, guru boleh menggunakan model-model tiga dimensi seperti
haiwan, tumbuhan mainan untuk mewakili objek yang dipelajari oleh mereka.
Pendekatan ini  boleh dipraktikkan untuk kanak-kanak di peringkat operasi
konkrit, iaitu kanak-kanak berumur 7 hingga 11 tahun.

iii)                Memberi arahan dengan menggunakan ayat yang pendek disertai dengan contoh agar mudah difahami.
iii. Memberi arahan dengan menggunakan ayat yang pendek dan disertai
 Contohnya, arahan untuk
murid   mengutip   sampah   yang   berada   disekeliling   mereka,   diberi   dengan
menggunakan ayat mudah dan jelas. Arahan yang pendek serta jelas ini akan
memudahkan murid untuk menuruti dan mengikuti kehendak guru.
iv. Memberi peluang kepada murid melakukan `hands-on’ terhadap sesuatu
kemahiran. Sebagai contoh, murid diberi peluang untuk membentuk perkataan
daripada potongan-potongan huruf. Dengan kaedah atau cara ini, murid akan
dapat meningkatkan lagi keyakinan terhadap diri mereka.
v. Memberi peluang kepada murid-murid agar dapat memanipulasi dan
menguji objek-objek yang diajarkan kepadanya. Berilah mereka peluang untuk
mencuba sendiri kemahiran yang dipelajari agar mereka dapat berfikir secara
kritis dan kreatif di bawah bimbingan guru. Contohnya, membuat eksperimen
dalam subjek sains tentang keperluan cahaya matahari untuk melakukan proses
8
fotosintesis tumbuhan. Dengan memberi  mereka peluang  untuk melakukan
eksperimen, murid-murid akan lebih faham dengan apa yang dipelajarinya dan
lebih mengetahui perkara tersebut berdasarkan pengalamannya tadi.
vi. Murid-murid   juga   seharusnya   diberi   pembacaan   dan   pembentangan
yang   ringkas   dan   tersusun.   Pembacaan   dan   pembentangan   ini   akan
meningkatkan keupayaan berbahasa mereka ke arah yang lebih baik. Guru juga
mesti memberi  peluang  kepada murid-murid untuk melahirkankan ideanya
sendiri. Contohnya, berikan mereka buku-buku yang mudah untuk dibaca, iaitu
buku yang mempunyai ayat-ayat mudah, kemudian beransur kepada yang lebih
kompleks. Kanak-kanak juga bebas untuk memberikan pandangannya sendiri.
Kemudian, guru membimbing kanak-kanak untuk membentangkan idea-idea
mereka dengan langkah-langkah mudah



Comments

Popular posts from this blog

Tugasan menyambut kedatangan kanak-kanak

SOP sambut kedatangan kanak-kanak

JAdual bertugas TASKA