Tugasan menyambut kedatangan kanak-kanak

MENYAMBUT KEDATANGAN KANAK-KANAK
  1. PENGENALAN
Menyambut kedatangan kanak-kanak daripada ibubapa di Taska merupakan antara perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh pengasuh. Menyambut kanak-kanak perlu dengan komunikasi dan sahsiah diri  yang baik. Setiap  Taska perlu mempunyai prosedur dan peraturan  yang perlu diamalkan setiap kali menyambut kedatangan kanak-kanak di Taska.

Selain dari kanak-kanak, pengasuh juga perlu peka dan tahu cara untuk mengambil barangan peribadi kanak-kanak daripada ibubapa.

Barangan peribadi kanak-kanak adalah barang yang digunakan sepanjang hari. Semua kelengkapan perlu disediakan oleh ibubapa. Kanak-kanak mungkin membawa barang-barang khas - mainan, haiwan , gambar, dan sebagainya ke Taska untuk berkongsi kepada guru atau rakan-rakanya . Bertanya dengan guru tentang kesesuaian item jika kanak-kanak  tidak pasti. Gula-gula, wang, belon, dan mainan bahaya (seperti senapang) mesti ditinggalkan di rumah. Pihak Taska tidak akan bertanggungjawab untuk barang kemas dan  mainan, hilang, atau lain-lain barang-barang peribadi.

1.    PERSEDIAAN SEBELUM KEDATANGAN KANAK-KANAK

2.1       Sebelum kedatangan kanak-kanak, pengasuh perlu merujuk kepada GARIS PANDUAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA  dalam memastikan perkara-perkara berikut :
i.              Keadaan kesihatan kanak-kanak yang dihantar ke Taska perlulah sentiasa dipantau. Hanya kanak-kanak yang sihat sahaja dan tidak menghidapi sebarang penyakit berjangkit dibenarkan hadir ke Taska. Kanak-kanak yang mempunyai penyakit berjangkit perlu diasingkan dan dimaklumkan kepada ibubapa.


ii.            Kebersihan di dalam premis dan di persekitaran luar  Taska perlulah sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan. Ini adalah untuk memastikan Taska beroperasi dalam keadaan bersih dan selesa serta langkah kawalan penyakit dapat dijalankan.
·         Bersih
·         Teratur
·         Selamat
·         Ceria
·         Selesa
·         Pengudaraan yang baik
·         Bebas dari virus penyakit

i.              Keadaan dan kesediaan diri pengasuh untuk menjalankan tugasan pada hari itu.
·         Berpakaian kemas dan bersesuaian
·         Emosi yang stabil
·         Ceria
·         Cergas
·         Sihat
·         Ada perancangan awal
·         Sentiasa bersedia

2.2  Pengasuh juga perlu merujuk kepada AKTA TASKA 1984 DAN PERATURAN TASKA 1985 (AKTA 308) bagi memastikan :

i.              Berpengetahuan mengenai Taska
Pengasuh perlu mempunyai maklumat mengenai operasi dan peraturan di  Taska tempat dimana dia bekerja.

ii.            Tahu tentang peraturan Taska
Memastikan bahawa peraturan yang dilaksanakan oleh pihak Taska adalah selaras dan mengikut garispanduan yang betul.

iii.           Mempunyai kelayakan atau sijil
Tahu kelayakan asas yang diperlukan sebagai seorang pengasuh yang berdaftar. Selain itu juga, pengasuh perlu mempunyai sijil-sijil berkaitan dari masa ke samasa bagi menambahkan pengalamna dan pengetahuan dalam bidang.
 i.              Tahu tentang akta-akta taska
Memastikan perlaksanaanan penggendalian  aktiviti yang betul mengikut peraturan dan akta serta menggelakkan daripada melakukan  sebarang kesalahan yang digariskan dalam akta.

2.3     Jadual Bertugas Kakitangan di Taska.
Pengasuh perlu merujuk kepada jadual bertugas sebagai persediaan untuk memastikan tugasan setiap pengasuh sebelum, semasa dan selepas menyambut kedatangan kanak-kanak.



Comments

Popular posts from this blog

SOP sambut kedatangan kanak-kanak

JAdual bertugas TASKA