Sambut kedatangan kanak-kanak dari ibu bapa

Perkara asas ketika menyambut kanak-kanak dari ibubapa
·        Memberi salam  dan mengucapkan selamat pagi kepada     kanak-kanak
·        Bertanyakan khabar kanak-kanak
·        Memberi senyuman
·        Berwajah ceria dan tunjukkan kegembiraan
·      Pergerakan tubuh – sambut kanak-kanak./ pegang tangan kanak-kanak/dukung bayi
·        Intonasi suara – mesra. Lembut dan menarik minat serta perhatian kanak-kanak


          3.2            Langkah menyambut kanak-kanak

·         Ambil kanak-kanak dari tangan ibubapa
·         Pegang tangan kanak-kanak
·         Pujuk kanak-kanak sekiranya mereka menunjukkan tingkahlaku yang negatif
·         Tarik perhatian kanak-kanak supaya ibubapa mudah untuk meninggalkan kanak-kanak.
·         Ambil barangan peribadi kanak-kanak dari tangan ibubapa. Letakkan sementara di tempat yang sesuai.
·         Minta ibubapa tandatangan rekod kehadiran.
·         Tanyakan khabar dan berbual dengan kanak-kanak.
·         Jalankan pemeriksaan fizikal ke atas kanak-kanak
·         Rujuk maklumat pada buku log harian kanak-kanak
·         Buat catatan yang perlu

Langkah  bertutur dengan ibu bapa
·         Gunakan bahasa yang sopan dan teratur.
·         Gunakan nada dan intonasi suara yang sesuai.
·         Minta ibubapa tandatangan buku kehadiran kanak-kanak.
·         Tanyakan keadaan kesihatan dan fizikal kanak-kanak
·         Tanyakan sebarang perkara yang perlu anda ketahui contoh mengenai sukatan ubat yang dibawa.
·         Minta ibubapa tunggu sebentar untuk anda jalankan pemeriksaan fizikal keatas kanak-kanak
·         Tanyakan mengenai barangan peribadi kanak-kanak yang dibawa jika perlu.
·         Rujuk buku log harian kanak-kanak. Pastikan telah diisi dan ditandatangani oleh ibubapa di ruangan berkaitan.
·         Tanyakan pada ibubapa maklumat dalam buku log harian jika perlu
·         Kemaskini  rekod jika perlu.





3.3       Merekod maklumat
i.          Senarai semak barangan peribadi kanak-kanak. - Periksa barangan dan tandakan barangan yang dibawa oleh ibubapa dalam senarai semak yang disediakan.
ii.         Rekod penerimaan ubatan - Pengasuh perlu mencatatkan jenis ubatan serta sukatan untuk setiap ubatan yang diterima. Dapatkan maklumat lanjut dari ibubapa jika perlu.
i.              Rekod kedatangan kanak-kanak – pastikan ibubapa telah pun menandatangi bagi pihak kanak-kanak
ii.            Rekod pemeriksaan kesihatan dan fizikal – pengasuh perlu mencatatkan sebarang masalah kesihatan atau kecederaan fizikal kanak-kanak ketika mereka hadir ke Taska.


Comments

Popular posts from this blog

Tugasan menyambut kedatangan kanak-kanak

SOP sambut kedatangan kanak-kanak

JAdual bertugas TASKA